Printed Book
Author:
S.S. Faruqi
Publication date:
2021-8-19
Quantity
RM 60.00
Product details
ISBN:
9789672919537
jurisdiction:
Malaysia
Buku ini ditulis dengan khas untuk memberikan pemahaman yang baik dan jelas kepada semua tentang Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Disediakan oleh pakar ternama undang-undang perlembagaan Malaysia, Shad Saleem Faruqi, ini adalah buku yang penuh dengan pengetahuan yang amat berguna berkenaan selok-belok pemakaian undang-undang utama Malaysia. Dengan menggunakan pengetahuannya yang mendalam tentang subjek ini, penulis telah menyediakan sebuah buku yang menyeluruh dan lengkap, namun senang dibaca. Untuk mereka yang memerlukan sumber-sumber terperinci, duluan kes dan peruntukan Perlembagaan yang berkaitan telah diberikan.
Dibahagikan ke dalam 9 Bahagian yang mengandungi sejumlah 36 bab, buku ini menerangkan topik-topik penting seperti ciri-ciri utama Perlembagaan Persekutuan, pengasingan kuasa, kebebasan asasi, kewarganegaraan, Majlis Raja-Raja, Yang di-Pertuan Agong, tanggungjawab menteri, penggubalan undang-undang, badan kehakiman, proses pilihan raya, dan kuasa untuk menangani perbuatan subversif. Ia juga meneliti kompromi etnik pra-Merdeka dan membincangkan masa depan Perlembagaan.
Buku ini membekalkan pemahaman yang jelas dan menarik berkenaan Perlembagaan Persekutuan. Ia sememangnya patut dibaca oleh semua rakyat Malaysia, tua dan muda, untuk memperolehi pengertian yang amat diperlukan tentang undang-undang utama yang membentuk negara ini dan terus menyediakan kerangka untuk menjamin kemakmuran masa depannya.
CIRI-CIRI UTAMA
Format
Printed Book
Price
(starting at)
RM 751.00