Printed Book
Author:
B. Sahamid
Publication date:
2021-10-1
Quantity
RM 90.00
Product details
ISBN:
9789672919964
jurisdiction:
Malaysia
CIRI-CIRI KHAS
PENAMBAHAN UTAMA DALAM EDISI KEDUA
Buku ini menyediakan asas jurisprudens dan teori-teori undang-undang, serta hubungkaitan dan kepentingan teori-teori tersebut dalam sistem undang-undang, terutamanya dalam konteks undang-undang Malaysia pada masa kini.
Perbincangan-perbincangan dalam buku ini termasuklah teori undang-undang semulajadi, teori imperatif Bentham dan Austin, positivisme sosiologikal Hart, teori penghakiman Dworkin serta teori tulen Kelsen. Turut diketengahkan adalah perbincangan berkenaan moral, realisme Amerika dan Scandinavia, mazhab sejarah dan sosiologi, falsafah feminisme, serta konsep keadilan. Dalam edisi kedua ini, penulis mengembangkan intipati perbincangan-perbincangan tersebut, serta menambah dua bab penting yang membincangkan secara komprehensif mengenai hak dan jurisprudens Islam. Penulis turut menyelitkan perbincangan kes-kes mahkamah sebagai contoh pemakaian teori-teori berkenaan yang relevan dalam sistem undang-undang negara kita.
Ditulis dalam bahasa kebangsaan, buku ini seharusnya mampu menjadi rujukan utama subjek jurisprudens, bukan sahaja bagi para pelajar dan pengamal undang-undang, tetapi juga segenap masyarakat Malaysia yang berminat mengenali falsafah undang-undang atau jurisprudens.